Kerabu mangga pembuka selera

Rate this place

DALAM masakan Melayu, kerabu dikatakan hidangan pembuka selera kerana kepelbagaian rasa yang membuatkannya menjadi kesukaan ramai terutama ketika berbuka puasa.

Populariti kerabu juga mencipta kreativiti suri rumah untuk mencari pelbagai resipi enak yang tidak terbatas hanya kepada buah-buahan seperti mangga muda dan betik tetapi membabitkan buah-buahan lain.

Menurut Chef Sous Melayu, Hotel Equatorial Kuala Lumpur, Chef Azhar Alias, keenakan kerabu dapat dirasakan menerusi bahan digunakan.

Ingredients

250 gram mangga muda dipotong panjang

10 ekor udang rebus

20 gram hirisan bawang merah kecil

20 gram hirisan bunga kantan

20 gram hirisan daun limau purut

20 gram hirisan cili merah

10 gram cili padi dipotong

10 gram daun ketumbar

1 biji limau nipis diperah airnya

20 gram sambal cili

3 sudu kacang tanah ditumbuk

10 gram gula dan garam

10 gram udang kering

[Measurement Equivalents]

Method

1. CAMPURKAN…masukkan mangga muda, udang rebus dan bawang besar ke dalam mangkuk.

2. BUNGA KANTAN…untuk menambah perisa, campurkan daun limau purut dan bunga kantan.

3. PEDAS…tambahkan cili padi dan cili merah untuk menambah warna dan rasa pedas.

4. PERISA…tambahkan gula dan sedikit garam.

5. CILI…masukkan sedikit sambal cili bersama air perahan limau nipis, gaul rata.

6. KACANG…akhir sekali campurkan kacang tanah tumbuk ke atas kerabu yang siap digaul.