Me’nate Steak Hub Lancar Ramadan Iftar Platter, Iftar Berdua dan Iftar Nate-Box tahun 2023
Sajian “Ramadan Preview” kali ini agak berbeza seperti tahun-tahun sebelumnya kerana Me’nate Steak Hub akan memperkenalkan (4) empat jenis menu hidangan istimewa yang bakal diperkenalkan iaitu “Ramadan Iftar Platter” Heavenly Me’nate, Heavenly Ribs, Heavenly Lamb dan Heavenly Seafood yang sesuai untuk berlima (5) bermula dengan harga serendah RM80 untuk seorang. Untuk setiap set Iftar Platter terdapat juga dua jug air pelbagai pilihan seperti Thai Iced Tea, Orange Sunset, Pilo Ice dan Watermelon Mint Soda.
Ada Menu Ramdan Iftar Platter untuk Couple?
Atas permintaan ramai pada Ramadan tahun lepas, kali ini kami juga menyediakan set menu berdua pelbagai pilihan seperti Heavenly Me’nate, Heavenly Lamb Ribs, Heavenly Beef Ribs, Heavenly Seafood bersama satu jug air pelbagai pilihan dengan hanya berharga RM110 sahaja untuk seorang.
Boleh Order Take Away for Ramadan Iftar Menu?
Selain itu, bagi pelanggan yang ingin membawa pulang ataupun memerlukan penghantaran ke rumah. Kami juga menyediakan set “Iftar Nate-Box” untuk santapan 5 hingga 6 orang. Pilihan yang sama iaitu Heavenly Me’nate, Heavenly Ribs, Heavenly Lamb dan Heavenly Seafood dengan harga serendah dari RM 299.90.
Antara yang menarik bagi pelanggan yang membeli pakej berbuka Ramadan Iftar Platter kali ini adalah akses percuma ke “Mini Buffet – Appetizers dan Deserts”. Di sini kami akan menampilkan pelbagai menu pembuka selera dan pencuci mulut yang lazat.
Boleh Order ala-carte menu?
Selain daripada menu istimewa Ramadan tahun ini, Me’nate masih lagi menyajikan menu ala-carte seperti biasa bermula selepas jam 8 malam.
Me’nate ada Pakej Infaq “Jom Bersama Bahagiakan Ummah”
Pakej Infaq kali ini bertemakan “Jom Bersama Bahagiakan Ummah” untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan seperti golongan asnaf, warga tua, pelajar tahfiz dan juga anak-anak yatim dengan jamuan berbuka puasa. Antara pakej Infaq yang ditawarkan ialah Pakej Infaq RM1000, RM700, RM500, RM300 dan seikhlas hati.
Untuk sebarang urusan tempahan, sama ada tempahan awal, tempahan jamuan korporat, pakej infaq. Boleh hubungi Me’nate Steak Hub di talian 03-41419133, WhatsApp 011-55558448 atau email: menatemarketing@gmail.com.
Untuk info terkini tentang menu, merchandise, promosi atau pakej-pakej menarik dari Me’nate Steak Hub. sila layari Facebook kami di https://www.facebook.com/menatesteakhub atau layari laman social media kami yang lain.
Previous News:
Me’nate Steak Hub Lancar Ramadan Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box di semua cawangan
About the Food Reviewer: Alan Lim